Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau lebih
dikenali sebagai Information Communication technology (ICT) merupakan
pemangkin yang memainkan peranan dalam pembangunan modal insan dan ekonomi
negara. Dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi komputer telah
diperkenalkan sejak awal tahun 60an lagi di negara-negara maju seperti Amerika
dan Eropah. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menerima arus pembangunan
berasaskan teknologi komputer ini. Penggunaan komputer dalam pendidikan di
lihat sebagai satu keperluan dalam sistem pendidikan kerana ia dapat mendidik
pelajar ke arah celik komputer. Ini dapat dilihat di kebanyakan Universiti. Kemahiran
dalam menggunakan ICT penting memandangkan semua bidang dalam pendidikan dan
pekerjaan mementingkan kemahiran tersebut. Pelbagai program dan usaha dijalankan
bagi meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya celik komputer pada masa
ini. Pelajar di luar bandar juga telah didedahkan dengan teknologi komputer
agar jurang digital dapat dirapatkan antara pelajar bandar dan luar bandar.
Dalam Rancangan Malaysia ke 9 (RMK-9) kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM
12.9 billion bagi memajukan bidang ICT. Peningkatan sistem pengkomputeran
kerajaan dan akses digital masyarakat di luar bandar menjadi agenda utama
negara untuk menuju ke arah negara maju menjelang 2020. Bagi program
pembangunan infrastruktur untuk merapatkan jurang digital, Kementerian Luar
Bandar dan Wilayah serta Kementerian Pelajaran akan menerajui pembangunan
infrastruktur komunikasi, menyokong dan menaik taraf telecentre dan Schoolnet.
Contohnya, hasil kajian dari UTHM yang mendapati bahawa kebanyakan pelajar tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mencukupi dalam kemahiran teknologi maklumat. Kajian tersebut memperlihatkan masih ramai keluarga yang tidak dapat menyediakan kemudahan komputer dan capaian internet di rumah bagi tujuan pembelajaran. Kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan bagi faktor gender, faktor pemilikan komputer dan faktor kekerapan menggunakan komputer namun terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor capaian internet di rumah. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa walaupun kemahiran pelajar terhadap technology task adalah sederhana namun mereka mempunyai sikap yang positif terhadap ICT. Oleh yang demikian untuk menjayakan penggunaan ICT kepada seluruh pelajar adalah disarankan agar pelajar Kolej Komuniti di dedahkan dengan latihan-latihan berkaitan, dilengkapkan dengan kemudahan komputer dan internet yang mantap agar dapat memanfaatkannya apabila mereka memasuki alam pekerjaan.
(sumber: http://eprints.uthm.edu.my/314/1/azmanirah.ICTLHE.pdf/20/11/2012)

Kaedah Memperkasakan Pendidikan ICT Luar Bandar
1- Mengadakan lebih banyak pilihan
pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu
meneruskan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah
kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
2-Peranan KPM. KPM juga perlu meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran. Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM) perlu dikaji semula agar lebih menekankan kemahiran
berfikir aras tinggi. Bagi memastikan
program ini dapat beroperasi dengan lancar, program latihan dan bimbingan perlu
diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan Komputer
untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan Perisian Khusus
dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P. Beberapa
pendekatan P&P baru akan diperkenalakn supaya menarik minat para pelajar
seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik.
3-Melengkapkan kemudahan Infrastruktur. Bagi
menjayakan misi wawasan 2020 pihak berwajib seharusnya mampu untuk menyediakan gajet-gajet ICT seperti komputer, rangkaian internet, cakera video digital (DVD) dan sebagainya dengan kadar yang mengcukupi.Hal ini karana,masalah ini merupakan suatu faktor utama yang menyumbang kepada masalah penguasaan kemahiran ICT terutamanya kepada pelajar luar bandar. Keadaan ini mungkin membantutkan proses pengajaran & pembelajaran antara guru dan pelajar. Justeru.dengan kemudahan yang mengcukupi,pelajar dapat menguasai kemahiran mengelola alatan ICT dengan lebih cepat dan pantas.
4- Peningkatan program. Setiap pelajar khususnya yang berada di luar bandar seharusnya diberikan pendedahan lebih dengan mempertingkatkan penglibatan mereka dengan program ICT. Hal ini dapat memberi ruang kepada mereka untuk meneroka dunia ICT dengan penuh minat,disamping dapat menambah pengetahuan mereka. Jadi secara tidak langsung,pelajar tersebut dapat menguasai penggunaan ICT dengan lebih baik setaraf dengan pelajar bandar.
5-Peranan ibu bapa. Ibu bapa seharusnya sedar akan kepentingan ICT kepada anak-anak kini. Mereka seharusnya mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam mengendalikan alatan ICT agar dapat menjadi contoh dan guru kepada anak-anak. Hal ini juga dapat mengawal daripada berlakunya penyalahgunaan kemahiran ICT dalam kalangan anak-anak terutamanya dalam gejala tidak sihat seperti menonton cerita lucah,dan sebagainya.