Monday 19 November 2012

10 Gambar Teknologi & Inovasi

1) Telefon Pintar Epi Life



Telefon pintar EPI Life yang diintegrasi dengan alat ECG dapat menghubungkan pengguna dengan pakar kardiologi profesional untuk menerima arahan bagi tindakan awal pengesanan penyakit jantung. Menerusi alat yang boleh dimuatkan ke dalam poket ini, pengguna boleh memantau ECG mereka dengan cepat dan mudah pada bila-bila masa.Alat mudah alih ini mempunyai kemampuan mengukur denyutan dan mengesan tanda-tanda tidak normal pada jantung selain berupaya memantau kesihatan seperti tekanan darah, kandungan gula dan paras kolestrol. Jadi jika tindakan pantas diambil, lebih banyak nyawa akan dapat diselamatkan terutama di kalangan individu yang telah mempunyai sejarah sakit jantung.
2) Tungku Elektrik
Produk ini diperbuat dari teknologi canggih dan merupakan inovasi terbaru bantal kesihatan(tungku elektrik).Bahan fabric(tungku elektrik) bantal ini diperbuat dari bahan anti-kuman/bakteria. Ia tidak berbau dan diisi dengan cecair berubat . Bantal ini amat bagus untuk tujuan mengelakkan artritis, Sikit mata,servikal vertebra,sakit kepala,sakit gigi,kepanasan badan,mengelakkan sakit leher,bahu,belakang,tergeliat,sakit tulang/otot reumatisme,sakit ketika haid,sakit perut ,paling sesuai untuk perempuan lepas bersalin(berpantang) dan lain-lain.
3) Symplicity Catheter System- Kateter (Intervensyen)

 

Symplicity Catheter System, ialah nama alat yang dicipta oleh Medtronic yang mampu melemahkan saraf yang terlibat dengan darah tinggi. Ia melemahkan saraf tersebut yang duduknya di dinding arteri buah pinggang (renal artery). Kateter tersebut dimasukkan melalui ateri Femur (femoral artery) di pangkal betis dan wayar tersebut terus dibawa masuk ke buah pinggang. Setelah berada di buah pinggang, hujung kateter tersebut (wayar) akan memancarkan frekuensi gelombang radio berkuasa rendah (electromagnetic wave) untuk melemahkan saraf simpatetik di sekitarnya. Apa yang sangat menarik ialah, implan tersebut tidak perlu dipakai selamanya, hanya dipakai sementara waktu sebelum saraf tersebut benar benar telah dilemahkan. Ianya juga dapat mengelak daripada menyumbang kepada penyakit jantung. 
Alat ini berfungsi untuk mengurangkan tekanan darah menggunakan kaedah melemahkan sejenis saraf ke buat pinggang. Saraf ini berperanan merangsang buah pinggang untuk meningkatkan tekanan darah dalam badan. Masalah tekanan darah tinggi merupakan penyakit yang amat merbahaya melibatkan  beratus juta manusia seluruh dunia. Kaedah ini dapat mengurangkan kebergantungan individu terhadap ubat ubatan yang perlu diambil sehingga dua tiga jenis oleh penghidap darah tinggi. Sudah tentu, setiap ubat-ubatan mempunyai kesan sampingannya, jadi dengan penggunaan alat ini, individu sudah tidak perlu bergantung kepada ubat-ubatan dan mengurangkan risiko kesan sampingannya.

                
4) GlucoGrip

                          
GlucoGrip adalah konsep kit berteknologi tinggi yang berkualiti untuk mengesan kadar gula darah darah. Ia direka khusus untuk mengurangkan kos perubatan seperti dengan menggabungkan agronomi dan teknologi yang sederhana dan mudah digunapakai. Alat tunggal ini menggabungkan Lancing dan penganalisa darah, mengurangkan masa dan gerak untuk pengumpulan melalui salah satu objek di hujung jari anda. Jarum yang cerdas yang digunakan untuk mendapatkan titisan darah yang diperlukan tidak meninggalkan kesan pada kulit. Antara kelebihan menggunakan GlucoGrip membolehkan pengguna untuk menggunakannya dengan mudah. Selain itu, ia mempunyai memori untuk menyimpan data-data kesihatan yang lepas.


5) Mint Pass

                           
Terdapat pelbagai cara untuk menghalau nyamuk daripada mendekati kita. Antaranya dengan menggunakan alat pemanas cecair, penyembur aerosol, ubat nyamuk, kelambu dan sebagainya. Namun, masalah tersebut tidak pernah selesai. Kini terdapat satu alat yang dikenali dengan nama Mint Pass menjadi salah satu cara yang selamat untuk menhalau nyamuk. Ia tidak perlu pengguna menyalakan api untuk membuatkan ia berfungsi. Dengan nyalaan lampu hijau sahaja telah menandakan bahawa alat tersebut telah berfungsi dan ia telah terbukti berkesan untuk menghalau nyamuk. Oleh itu,penyakit berbahaya seperti demam denggi,demam malaria dan sebagainya dapat dielakkan.

 6) Robot Pemanggil Automatik/nature call robot


Alat ini dipanggil juga sebagai robot tandas. Robot ini mempunyai roda dan dikawal oleh alat pengesan. Jika seseorang itu terlantar di atas katil dan mahu menggunakan tandas, dia hanya perlu klik pada alat pengesan robot dan tandas pada roda akan segera datang ke sisi katil. Kedua-dua lengan robot ini berfungsi untuk membantu orang yang menggunakannya  untuk menyesuaikan dan menempatkan dirinya dengan selesa di kerusi tandas. Alat ini amat sesuai terutamanya kepada warga emas yang mempunyai masalah pergerakan yang terhad atau menghidapi strok. Robot ini juga mempunyai keistimewaan untuk mengenali suara dan mengikut arahan pengguna.

7) Onyx Ii Model 9560 Wireless Fingertip Pulse Oximeter

 
Bacaan kadar nadi dan oksigen di dalam badan. Alat ini membantu memantau kesihatan peakit terutamanya bagi pesakit kronik seperti Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD), Congestive Heart Failure (CHF) atau Asthma. Ianya sesuai bagi memastikan tahap kesihatan harian pesakit terbabit.

8) Aplikasi Nike+ GPS



Projek inovasi terbaru dari perusahaan kasut Nike yang bertapak di Bearverton, Oregon Amerika Syarikat ini, dengan meluncurkan aplikasi Nike+ GPS bagi para pengguna iPhone mahupun iPod Touch. Kombinasi antara keperluan para olahragawan yang mengenakan kasut Nike dengan aplikasi ini berjalan baik, dimana teknologi GPS dan accelerometer yang dimiliki oleh perangkat keluaran Apple ini sangat kuat sehingga para olahragawan khususnya pelari dapat mengukur kemampuannya. Kecepatan berlari, jarak dan rute yang telah ditempuh akan dirakam oleh aplikasi ini. Begitu juga dengan jumlah kalori yang telah habis terbakar akan tercatat. Selain itu, Nike juga menyisipkan pesan motivasi dari para atlit profesional Nike untuk menambah semangat berlari para penggunanya.

9)
Sistem Jurulatih fitLight ™



Jurulatih fitLight ™ sistem adalah sistem wayarles yang terdiri daripada 8 RGB LED lampu berkuasa dan pengawal PDA pusat. Lampu digunakan sebagai sasaran bagi atlet untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan sebagai satu rutin latihan. Pelbagai ukuran boleh ditangkap untuk maklum balas segera berhubung dengan prestasi atlet atau kemudiannya boleh dimuat turun ke komputer pusat untuk analisis masa depan. Lampu boleh dinyahaktifkan oleh penggunaan tangan, kaki atlet, kepala, dan raket atau dengan apa-apa cara sukan lain yang tertentu.

Lampu juga,boleh diprogramkan akan dinyahaktifkan dengan kenalan penuh atau penderiaan berdekatan di mana sistem ini boleh merakam masa untuk mana-mana fungsi latihan olahraga. Jurulatih fitLight ™ adalah latihan wayarles fleksibel sistem yang boleh disesuaikan dan dikonfigurasikan untuk semua sukan, Mata / Tangan Bersama Penyelarasan Kekuatan, dan udara, dan Pemulihan Kawalan dari kecederaan. Dengan Jurulatih fitLight ™ anda boleh reka bentuk mana-mana profil latihan / rutin yang anda perlukan, tanpa mengira jika tumpuan adalah pada kelajuan, kekuatan, keupayaan untuk menumpukan perhatian dan bertindak balas, atau latihan penglihatan.


10) Drift Inovasi Point



Drift Inovasi Point dpt dipakai View Kamera produk pengguna syarikat yang menawarkan keupayaan rakaman sudut lebar untuk menangkap semua pengembaraan dan aktiviti-aktiviti mereka. Direka dengan ciri-ciri sebenar penggunaan pintar kehidupan, ia adalah sangat disyorkan oleh pakar-pakar dalam sukan permotoran, sukan luar, dan sukan salji. Drift menangkap tindakan dari sudut setiap individu pandangan dan menawarkan cara mudah untuk berkongsi dan hidup semula pengalaman dengan rakan-rakan dan keluarga.Drift telah mencipta kamera tindakan dan aksesori yang mudah untuk digunakan, kualiti yang hebat dan melakukan segala-galanya yang anda mahu lakukan, untuk keluar dengan kawan-kawan anda dan berkongsi pengalaman penuh adrenalin anda yang paling menarik.

11)Kasut Joging Berkaki Ayam  
    
Dalam sebuah kajian tentang berjogging, didapati berlari dengan berkaki ayam adalah jauh lebih baik daripada berlari dengan memakai kasut sukan.Dengan berkaki ayam kecederaan terhadap lutut, buku lali dan tulang belakang jauh lebih baik dapat dielakkan kerana penciptaan kaki yang sempurna yang mempunyai mekanism semulajadi bagi mengelak kecederaan yang tak diingini.Hasil daripada kempen berkaki ayam untuk bersenam di Amerika, sebuah kasut rekaan terbaru tercipta,dan jika kita memakainya kita akan terasa seolah-olah berkaki ayam.

1 comment:

  1. Info yang menarik dalam penginovasian produk.. Inovasi sememangnya perlu di laksanakan bagi mencungkil bakat kebolehupayaan menghasilkan suatu yang baru supaya memudahkan kerja dalam kehidupan harian kita..

    ReplyDelete