Thursday 29 November 2012

Pengetahuan ICT Dalam Kalangan Pelajar

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau lebih dikenali sebagai Information Communication technology (ICT) merupakan pemangkin yang memainkan peranan dalam pembangunan modal insan dan ekonomi negara. Dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi komputer telah diperkenalkan sejak awal tahun 60an lagi di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menerima arus pembangunan berasaskan teknologi komputer ini. Penggunaan komputer dalam pendidikan di lihat sebagai satu keperluan dalam sistem pendidikan kerana ia dapat mendidik pelajar ke arah celik komputer. Ini dapat dilihat di kebanyakan Universiti. Kemahiran dalam menggunakan ICT penting memandangkan semua bidang dalam pendidikan dan pekerjaan mementingkan kemahiran tersebut. Pelbagai program dan usaha dijalankan bagi meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya celik komputer pada masa ini. Pelajar di luar bandar juga telah didedahkan dengan teknologi komputer agar jurang digital dapat dirapatkan antara pelajar bandar dan luar bandar. Dalam Rancangan Malaysia ke 9 (RMK-9) kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 12.9 billion bagi memajukan bidang ICT. Peningkatan sistem pengkomputeran kerajaan dan akses digital masyarakat di luar bandar menjadi agenda utama negara untuk menuju ke arah negara maju menjelang 2020. Bagi program pembangunan infrastruktur untuk merapatkan jurang digital, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Pelajaran akan menerajui pembangunan infrastruktur komunikasi, menyokong dan menaik taraf telecentre dan Schoolnet.

Contohnya, hasil kajian dari UTHM yang mendapati bahawa kebanyakan pelajar tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mencukupi dalam kemahiran teknologi maklumat. Kajian tersebut memperlihatkan masih ramai keluarga yang tidak dapat menyediakan kemudahan komputer dan capaian internet di rumah bagi tujuan pembelajaran. Kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan bagi faktor gender, faktor pemilikan komputer dan faktor kekerapan menggunakan komputer namun terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor capaian internet di rumah. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa walaupun kemahiran pelajar terhadap technology task adalah sederhana namun mereka mempunyai sikap yang positif terhadap ICT. Oleh yang demikian untuk menjayakan penggunaan ICT kepada seluruh pelajar adalah disarankan agar pelajar Kolej Komuniti di dedahkan dengan latihan-latihan berkaitan, dilengkapkan dengan kemudahan komputer dan internet yang mantap agar dapat memanfaatkannya apabila mereka memasuki alam pekerjaan.
 

(sumber: http://eprints.uthm.edu.my/314/1/azmanirah.ICTLHE.pdf/20/11/2012)


Kaedah Memperkasakan Pendidikan ICT Luar Bandar

1- Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu meneruskan  pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

2-Peranan KPM. KPM juga perlu meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) perlu dikaji semula agar lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Bagi memastikan program ini dapat beroperasi dengan lancar, program latihan dan bimbingan perlu diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan Perisian Khusus dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalakn supaya menarik minat para pelajar seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik.


3-Melengkapkan kemudahan Infrastruktur. Bagi menjayakan misi wawasan 2020 pihak berwajib seharusnya mampu untuk menyediakan gajet-gajet ICT seperti komputer, rangkaian internet, cakera video digital (DVD) dan sebagainya dengan kadar yang mengcukupi.Hal ini karana,masalah ini merupakan suatu faktor utama yang menyumbang kepada masalah penguasaan kemahiran ICT terutamanya kepada pelajar luar bandar. Keadaan ini mungkin membantutkan proses pengajaran & pembelajaran antara guru dan pelajar. Justeru.dengan kemudahan yang mengcukupi,pelajar dapat menguasai kemahiran mengelola alatan ICT dengan lebih cepat dan pantas.

4- Peningkatan program. Setiap pelajar khususnya yang berada di luar bandar seharusnya diberikan pendedahan  lebih dengan mempertingkatkan penglibatan mereka dengan program ICT. Hal ini dapat memberi ruang kepada mereka untuk meneroka dunia ICT dengan penuh minat,disamping dapat menambah pengetahuan mereka. Jadi secara tidak langsung,pelajar tersebut dapat menguasai penggunaan ICT dengan lebih baik setaraf dengan pelajar bandar.

5-Peranan ibu bapa. Ibu bapa seharusnya sedar akan kepentingan ICT kepada anak-anak kini. Mereka seharusnya mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam mengendalikan alatan ICT agar dapat menjadi contoh dan guru kepada anak-anak. Hal ini juga dapat mengawal daripada berlakunya penyalahgunaan kemahiran ICT dalam kalangan anak-anak terutamanya dalam gejala tidak sihat seperti menonton cerita lucah,dan sebagainya. 

Tuesday 20 November 2012

10 Gambar Bahan Bantu Mengajar

Gambar yang di ambil dari pelbagai sudut dan posisi

1


2

3

4

5

6

7

 8

 9

 10.
 








Monday 19 November 2012

10 Video Youtube

1.
 
2.


3.

4.
 

 5.
 

 6.
 

 7.
 

 8.


9.
 

10. 
 

10 Gambar Teknologi & Inovasi

1) Telefon Pintar Epi Life



Telefon pintar EPI Life yang diintegrasi dengan alat ECG dapat menghubungkan pengguna dengan pakar kardiologi profesional untuk menerima arahan bagi tindakan awal pengesanan penyakit jantung. Menerusi alat yang boleh dimuatkan ke dalam poket ini, pengguna boleh memantau ECG mereka dengan cepat dan mudah pada bila-bila masa.Alat mudah alih ini mempunyai kemampuan mengukur denyutan dan mengesan tanda-tanda tidak normal pada jantung selain berupaya memantau kesihatan seperti tekanan darah, kandungan gula dan paras kolestrol. Jadi jika tindakan pantas diambil, lebih banyak nyawa akan dapat diselamatkan terutama di kalangan individu yang telah mempunyai sejarah sakit jantung.
2) Tungku Elektrik
Produk ini diperbuat dari teknologi canggih dan merupakan inovasi terbaru bantal kesihatan(tungku elektrik).Bahan fabric(tungku elektrik) bantal ini diperbuat dari bahan anti-kuman/bakteria. Ia tidak berbau dan diisi dengan cecair berubat . Bantal ini amat bagus untuk tujuan mengelakkan artritis, Sikit mata,servikal vertebra,sakit kepala,sakit gigi,kepanasan badan,mengelakkan sakit leher,bahu,belakang,tergeliat,sakit tulang/otot reumatisme,sakit ketika haid,sakit perut ,paling sesuai untuk perempuan lepas bersalin(berpantang) dan lain-lain.
3) Symplicity Catheter System- Kateter (Intervensyen)

 

Symplicity Catheter System, ialah nama alat yang dicipta oleh Medtronic yang mampu melemahkan saraf yang terlibat dengan darah tinggi. Ia melemahkan saraf tersebut yang duduknya di dinding arteri buah pinggang (renal artery). Kateter tersebut dimasukkan melalui ateri Femur (femoral artery) di pangkal betis dan wayar tersebut terus dibawa masuk ke buah pinggang. Setelah berada di buah pinggang, hujung kateter tersebut (wayar) akan memancarkan frekuensi gelombang radio berkuasa rendah (electromagnetic wave) untuk melemahkan saraf simpatetik di sekitarnya. Apa yang sangat menarik ialah, implan tersebut tidak perlu dipakai selamanya, hanya dipakai sementara waktu sebelum saraf tersebut benar benar telah dilemahkan. Ianya juga dapat mengelak daripada menyumbang kepada penyakit jantung. 
Alat ini berfungsi untuk mengurangkan tekanan darah menggunakan kaedah melemahkan sejenis saraf ke buat pinggang. Saraf ini berperanan merangsang buah pinggang untuk meningkatkan tekanan darah dalam badan. Masalah tekanan darah tinggi merupakan penyakit yang amat merbahaya melibatkan  beratus juta manusia seluruh dunia. Kaedah ini dapat mengurangkan kebergantungan individu terhadap ubat ubatan yang perlu diambil sehingga dua tiga jenis oleh penghidap darah tinggi. Sudah tentu, setiap ubat-ubatan mempunyai kesan sampingannya, jadi dengan penggunaan alat ini, individu sudah tidak perlu bergantung kepada ubat-ubatan dan mengurangkan risiko kesan sampingannya.

                
4) GlucoGrip

                          
GlucoGrip adalah konsep kit berteknologi tinggi yang berkualiti untuk mengesan kadar gula darah darah. Ia direka khusus untuk mengurangkan kos perubatan seperti dengan menggabungkan agronomi dan teknologi yang sederhana dan mudah digunapakai. Alat tunggal ini menggabungkan Lancing dan penganalisa darah, mengurangkan masa dan gerak untuk pengumpulan melalui salah satu objek di hujung jari anda. Jarum yang cerdas yang digunakan untuk mendapatkan titisan darah yang diperlukan tidak meninggalkan kesan pada kulit. Antara kelebihan menggunakan GlucoGrip membolehkan pengguna untuk menggunakannya dengan mudah. Selain itu, ia mempunyai memori untuk menyimpan data-data kesihatan yang lepas.


5) Mint Pass

                           
Terdapat pelbagai cara untuk menghalau nyamuk daripada mendekati kita. Antaranya dengan menggunakan alat pemanas cecair, penyembur aerosol, ubat nyamuk, kelambu dan sebagainya. Namun, masalah tersebut tidak pernah selesai. Kini terdapat satu alat yang dikenali dengan nama Mint Pass menjadi salah satu cara yang selamat untuk menhalau nyamuk. Ia tidak perlu pengguna menyalakan api untuk membuatkan ia berfungsi. Dengan nyalaan lampu hijau sahaja telah menandakan bahawa alat tersebut telah berfungsi dan ia telah terbukti berkesan untuk menghalau nyamuk. Oleh itu,penyakit berbahaya seperti demam denggi,demam malaria dan sebagainya dapat dielakkan.

 6) Robot Pemanggil Automatik/nature call robot


Alat ini dipanggil juga sebagai robot tandas. Robot ini mempunyai roda dan dikawal oleh alat pengesan. Jika seseorang itu terlantar di atas katil dan mahu menggunakan tandas, dia hanya perlu klik pada alat pengesan robot dan tandas pada roda akan segera datang ke sisi katil. Kedua-dua lengan robot ini berfungsi untuk membantu orang yang menggunakannya  untuk menyesuaikan dan menempatkan dirinya dengan selesa di kerusi tandas. Alat ini amat sesuai terutamanya kepada warga emas yang mempunyai masalah pergerakan yang terhad atau menghidapi strok. Robot ini juga mempunyai keistimewaan untuk mengenali suara dan mengikut arahan pengguna.

7) Onyx Ii Model 9560 Wireless Fingertip Pulse Oximeter

 
Bacaan kadar nadi dan oksigen di dalam badan. Alat ini membantu memantau kesihatan peakit terutamanya bagi pesakit kronik seperti Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD), Congestive Heart Failure (CHF) atau Asthma. Ianya sesuai bagi memastikan tahap kesihatan harian pesakit terbabit.

8) Aplikasi Nike+ GPS



Projek inovasi terbaru dari perusahaan kasut Nike yang bertapak di Bearverton, Oregon Amerika Syarikat ini, dengan meluncurkan aplikasi Nike+ GPS bagi para pengguna iPhone mahupun iPod Touch. Kombinasi antara keperluan para olahragawan yang mengenakan kasut Nike dengan aplikasi ini berjalan baik, dimana teknologi GPS dan accelerometer yang dimiliki oleh perangkat keluaran Apple ini sangat kuat sehingga para olahragawan khususnya pelari dapat mengukur kemampuannya. Kecepatan berlari, jarak dan rute yang telah ditempuh akan dirakam oleh aplikasi ini. Begitu juga dengan jumlah kalori yang telah habis terbakar akan tercatat. Selain itu, Nike juga menyisipkan pesan motivasi dari para atlit profesional Nike untuk menambah semangat berlari para penggunanya.

9)
Sistem Jurulatih fitLight ™



Jurulatih fitLight ™ sistem adalah sistem wayarles yang terdiri daripada 8 RGB LED lampu berkuasa dan pengawal PDA pusat. Lampu digunakan sebagai sasaran bagi atlet untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan sebagai satu rutin latihan. Pelbagai ukuran boleh ditangkap untuk maklum balas segera berhubung dengan prestasi atlet atau kemudiannya boleh dimuat turun ke komputer pusat untuk analisis masa depan. Lampu boleh dinyahaktifkan oleh penggunaan tangan, kaki atlet, kepala, dan raket atau dengan apa-apa cara sukan lain yang tertentu.

Lampu juga,boleh diprogramkan akan dinyahaktifkan dengan kenalan penuh atau penderiaan berdekatan di mana sistem ini boleh merakam masa untuk mana-mana fungsi latihan olahraga. Jurulatih fitLight ™ adalah latihan wayarles fleksibel sistem yang boleh disesuaikan dan dikonfigurasikan untuk semua sukan, Mata / Tangan Bersama Penyelarasan Kekuatan, dan udara, dan Pemulihan Kawalan dari kecederaan. Dengan Jurulatih fitLight ™ anda boleh reka bentuk mana-mana profil latihan / rutin yang anda perlukan, tanpa mengira jika tumpuan adalah pada kelajuan, kekuatan, keupayaan untuk menumpukan perhatian dan bertindak balas, atau latihan penglihatan.


10) Drift Inovasi Point



Drift Inovasi Point dpt dipakai View Kamera produk pengguna syarikat yang menawarkan keupayaan rakaman sudut lebar untuk menangkap semua pengembaraan dan aktiviti-aktiviti mereka. Direka dengan ciri-ciri sebenar penggunaan pintar kehidupan, ia adalah sangat disyorkan oleh pakar-pakar dalam sukan permotoran, sukan luar, dan sukan salji. Drift menangkap tindakan dari sudut setiap individu pandangan dan menawarkan cara mudah untuk berkongsi dan hidup semula pengalaman dengan rakan-rakan dan keluarga.Drift telah mencipta kamera tindakan dan aksesori yang mudah untuk digunakan, kualiti yang hebat dan melakukan segala-galanya yang anda mahu lakukan, untuk keluar dengan kawan-kawan anda dan berkongsi pengalaman penuh adrenalin anda yang paling menarik.

11)Kasut Joging Berkaki Ayam  
    
Dalam sebuah kajian tentang berjogging, didapati berlari dengan berkaki ayam adalah jauh lebih baik daripada berlari dengan memakai kasut sukan.Dengan berkaki ayam kecederaan terhadap lutut, buku lali dan tulang belakang jauh lebih baik dapat dielakkan kerana penciptaan kaki yang sempurna yang mempunyai mekanism semulajadi bagi mengelak kecederaan yang tak diingini.Hasil daripada kempen berkaki ayam untuk bersenam di Amerika, sebuah kasut rekaan terbaru tercipta,dan jika kita memakainya kita akan terasa seolah-olah berkaki ayam.

Biodata Diri



Nama                           :Nor Asyikin bt Mat Naib
No.Matrik                    : A137680
Program                       : Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Linguistik)
Tahun Pengajian         : Tahun 2
Semester                      : 1 2012/2013
Tutorial                        : Rabu 8-10 Malam (Makmal 3)
Alamat Kolej               : Bilik 212,Blok k5D,Kolej Aminuddin Baki